Pada fesyen terkini, kebanyakan corak sulaman kerawang dapat dilihat pada busana pengantin yang lebih kepada pengaruh Indonesia. Malah, busana pengantin sedemikian menjadi trademark beberapa Butik tempatan yang menumpukan kepada corak sulaman berkerawang pada busana pengantinnya. Selain daripada itu, corak sulaman masih lagi tertumpu pada motif flora berbanding dengan motif abstrak mahupun fauna.
Corak Sulaman Busana Pengantin Negara Jiran.
Ini kerana, pengaruh negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Vietnam banyak mempengaruhi lambakan corak sulaman di negara ini. Hal ini kerana kita lebih banyak menjadi pengguna daripada menghasilkannya sendiri. Mungkin kekurangan industri sulaman di negara ini telah menjadikan ia sebagai faktor utama kebergantungan kepada industri sulaman dan fesyen dari negara-negara jiran.
Mengekalkan Seni Sulaman Industri Negara.
Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah yang lebih pro aktif agar kemahiran sulaman ini tidak hanya tinggal nama sahaja dalam industri negara. Jika tidak, generasi akan datang mungkin tidak kenal dengan corak sulaman bunga kerawang, motif bunga pecah lima dan motif awan larat kerana ditenggelami dengan motif-motif kerawang yang mengambil pengaruh daripada negara jiran seperti motif Bunga Kiambang dan bakawali.
Jangan Biarkan Seni Sulaman hilang Ditelan Zaman.
Oleh itu, tepuk dada dan tanyalah diri anda bagaimana kita dapat bersama-sama mengekalkan serta mengukuhkan industri yang semakin lenyap ditelan arus pemodenan ini. Janganlah sampai corak-corak sulaman tradisional tidak lagi dikenal oleh generasi kita akan datang. Oleh itu, lakukanlah yang terbaik untuk kesinambungan warisan sulaman negara.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang
Product Rating: 4.7
Summary: Review: Corak Sulaman Busana Pengantin 842
Reviewed by: Kraf Malaysia
Price: $156

