Sulaman manik kristal merupakan sebahagian daripada sulaman manik. Ini kerana sulaman manik kristal lebih mahal harga tempahannya kerana ia menggunakan material kristal yang tinggi kos belinya. Kristal Bicone boleh dijahit menjadikan teknik manik kristal bertambah bercahaya dan menarik.
Kegunaan Kristal Bicone Dalam Rekaan Sulaman Manik Kristal
Bukan itu sahaja, ia juga mampu menghasilkan corak bagi bentuk fauna mahupun abstrak sekiranya ia digabung jalinkan dengan pelbagai kombinasi warna. Inilah keistimewaan kristal Bicone yang sering digunakan kerana saiznya amat bersesuaian iaitu sederhana besar untuk menghasilkan apa jua rekaan sulaman manik kristal yang unik.
Kristal Bicone Dalam Sulaman Manik 3D
Selain itu juga, dalam menghasilkan sulaman manik 3D yang menggunakan teknik payolti, ia juga amat cantik jika anda menggunakan kristal berbentuk Bicone ini. Ini kerana ia mudah di untai berbanding dengan kristal berbentuk lain seperti segi empat dan silinder.
Hal ini kerana kristal Bicone ini berbentuk seperti berlian yang mempunyai 8 segi yang cantik. Dan setiap seginya menghasilkan pantulan cahaya yang sangat berkilau antara satu sama lain. Selain itu, ia mudah diperoleh.
Sebab itulah, dalam menghasilkan sulaman manik kristal, kristal bicone ini merupakan elemen yang sangat penting dalam menghasilkan rekaannya supaya ia lebih menarik dan menjadi tarikan utama kepada sesiapa yang memandang rekaan tersebut.
Mencuba Menokok Tambah Elemen Kristal Dalam Rekaan Sulaman Manik
Oleh itu, cubalah anda menokok tambahkan elemen kristal ini dalam setiap rekaan sulaman manik anda agar ia lebih mewah dan mendapat perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Maka, ia boleh juga dikategorikan sebagai hasil sulaman manik kristal jika elemen kristal ditambahkan ke dalam jahitan manik anda.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Cara Jahitan Manik Kristal Yang Betul dan Sempurna Bersama Kami!
Product Rating: 4.6
Summary: A review on Mengenal Sulaman Manik Kristal dan Kegunaan Kristal Bicone 269
Reviewed by: Kraf Malaysia
Price: $150

