Tips Menguasai Teknik Sulaman Kerawang Ayak Secara Mudah Dan Praktikal

Tips Menguasai Teknik Sulaman Kerawang Ayak Secara Mudah Dan Praktikal

Sunday, May 29th, 2011

Kemahiran sulaman kerawang begitu disukai ramai, cuma dalam mempelajarinya memerlukan minat serta kesabaran yang tinggi. Ini kerana dalam seni kemahiran sulaman kerawang ia melambangkan keperibadian seseorang penyulam ketika memulakan sulaman ayak kerawang. Masakan tidak, sesuatu langkah dan alunan ayak sulaman kerawang bakal dilihat dari segi tingkah laku, tata susila seseorang penyulam kerana ia digambarkan berdasarkan kekemasan, kelembutan pergerakan sulaman kerawang itu dan juga ketegapan sulaman yang dihasilkan.

Mahir Sulaman ayak Kerawang Dengan Mempraktikkannya Sentiasa.

Bagi penyulam, mood yang tenang bakal membuat corak rekaan sulaman ayak kerawang yang menawan. Uniknya, kemahiran sulaman kerawang ini, ia tak dapat dipelajari dengan teori sahaja. Ini kerana 95% harus dipraktikkan serta diulang-ulang supaya ia memahirkan seseorang menjadi penyulam yang mahir.

Bagaimana Menjadi Mahir Kemahiran sulaman Kerawang.

Apakah cara bagi menjadi seseorang penyulam yang mahir? Kemusykilan itu acap kali ditanya oleh mereka yang tidak pernah berkecimpung dengan seni sulaman kerawang. Jawapannya adalah senang, seseorang penyulam akan mula mahir jikalau sentiasa mempraktikkan hasil sulaman ayak kerawang yang dipelajarinya.

Setiap Motif Rekaan sulaman Kerawang Mempunyai Langkah Berlainan.

Ini kerana, sesuatu motif rekaan sulaman mempunyai langkah yang berlainan sewaktu menghasilkannya. Setiap lengkok yang berlainan itulah yang menjadi pengalaman kepada para penyulam agar nanti mereka mengetahui selok belok cara sulaman ayak kerawang dengan amat sempurna. Selain daripada motif pergerakan sulaman kerawang, penggunaan kain sulam yang berlainan juga bakal membuahkan rekaan sulaman kerawang yang bermutu serta indah. Begitulah uniknya, seni sulaman kerawang ini berlainan dengan sulaman tangan, sulaman manik dan sebagainya yang mampu dipelajari secara teori dan juga praktikal. Namun, ia mudah dipelajari berbanding dengan sulaman kerawang. Sebab itulah sulaman kerawang ini dikatakan unik kerana mempunyai identitinya tersendiri dan kekal sepanjang zaman, tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas.

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas, Online Courses Sulaman Kerawang

Bengkel Sulaman Kerawang Online

Product Name: Tips Menguasai Teknik 229
Product Rating: 4.5
Summary: Review: Tips Menguasai Teknik Sulaman Kerawang Ayak Secara Mudah Dan Praktikal 229
Reviewed by: Kraf Malaysia
Price: $188

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.